“Nak Saya Carut Ke?” Tok Ram Nafi Dirinya Sang Bara Dalam MLM 2021

Hiburan

“Nak Saya Carut Ke?” Tok Ram Nafi Dirinya Sang Bara Dalam MLM 2021

Nama maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS menjadi bualan hangat warga maya apabila dia didakwa insan di sebalik karakter Sang Bara dalam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021).

Bukan sahaja peminat rancangan lawak itu galak meneka siapakah di sebalik karakter naga itu, malah hos terkenal Nabil Ahmad turut membawakan persoalan itu dalam rancangan nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8 yang ditayangkan serentak bersama MLM2021.

Advertisement

Nabil dilihat sempat berseloroh sambil mengasak Ramli MS dengang mengatakan dia sebenarnya individu di sebalik maskot Sang Bara itu.

Meskipun sempat menafikan dakwaan Nabil itu, nampaknya masih ramai yang tak puas hati jawapan suami kepada penyanyi Datin Alyah itu.

Datuk Ramli MS kemudiannya dihubungi sebuah media untuk mendapat jawapan tepat mengenai andaian yang berlegar dalam kalangan penonton rancangan itu.

“Dari segi mana naga itu saya?” soal Ramli MS kembali.

Mungkin juga dari segi penampilan dan suaranya yang tegas, nama Ramli MS yang mesra disapa sebagai Tok Ram itu pastinya menjadi tumpuan utama netizen.

Namun, komposer terkenal itu bertegas bahawa dia bukan orang di sebalik maskot itu.

“Kan saya dah kata bukan saya. Nak saya carut ke?” ujarnya lagi

Sekadar info, karakter Sang Bara merupakan juri ke-5 dalam MLM2021 dan sering menjadi perhatian kerana ‘kedekut’ dalam memberikan markah ‘HA’ kepada peserta program itu.

Datuk Ramli MS
2 years ago

"Mungkin Tersingkir Berjemaah" 2 Minggu Tiada Penyingkiran Di GV8, Ini Respon Datuk Ramli MS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...