Nak Pulihkan Anak Dari Disihir, Hidayah Bawa Hamzah Ke Gunung Jerai Mandi Di Telaga

Hiburan

Nak Pulihkan Anak Dari Disihir, Hidayah Bawa Hamzah Ke Gunung Jerai Mandi Di Telaga

Sedia maklum, beberapa minggu lalu, balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah mendedahkan dirinya serta anak terkena buatan orang dan hingga ke hari ini anak lelakinya masih belum pulih lagi.

Terbaharu, Hidayah ada memuat naik video di platform TikTok memaparkan dirinya membawa anak lelaki, Hamzah ke puncak Gunung Jerai, Kedah atas tujuan merawat penyakit mesteri itu.

Advertisement

Difahamkan, balu arwah Abam itu membawa Hamzah mandi di Telaga Tok Sheikh dan itu adalah sebagai salah satu usaha untuk pulihkan kanak-kanak kecil tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Hidayah berkata selain membawa anak lelaki mandi di telaga tersebut, dia turut sempat solat di kawasan itu dan mengakui sememangnya memberi ketenangan buat diri sendiri.

Tambahannya lagi, dia tidak akan ambil pusing dengan segilintir netizen yang pertikaikan tindakannya berkongsi kisah Hamzah disihir di laman media sosial.

Sekadar info, mungkin sudah buntu mencari jalan merawat anaknya, Hidayah merayu kepada netizen untuk membantunya menyarankan pusat perubatan Islam yang boleh merawat Hamzah.

hidayah disihir
1 year ago

"Apa Dosa Dia? Sampai Dah Nyawa-Nyawa Ikan Kau Buat" - Abang Hidayah Dedah Anak Saudara Selalu Meracau, Mulut Berbuih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...