“Nak Pancing Penonton Dengan Publisiti Murahan..” – Ahmad Idham Tak Setuju Karya Berunsur Lucah Jadi Norma Baru Dalam Industri

Hiburan

“Nak Pancing Penonton Dengan Publisiti Murahan..” – Ahmad Idham Tak Setuju Karya Berunsur Lucah Jadi Norma Baru Dalam Industri

Pengarah terkemuka, Ahmad Idham menyatakan rasa kecewa apabila ada segelintir pengarah yang mengeluarkan karya mereka yang mempunyai unsur lucah ataupun soft porn bagi meraih perhatian penonton.

Publisiti murahan

Menurut Idham, perkara ini sering terjadi mungkin kerana ketandusan idea baru dan inginkan kontroversi dengan cepat. Namun, dia percaya hal tersebut tetap bercanggah dengan identiti rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Advertisement

Bagi saya itu dah kalau tiada idea, nak pancing penonton ke pawagan dengan publisiti murahan macam tu.

Walaupun kita anak seni, jangan lupa tanggungjawab sosial kita untuk beri impak positif pada masyarakat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Ahmad Idham (@ahmad_idham)

Kekalkan identiti

Bukan itu sahaja, pengarah filem Mael Lambong ini turut menasihati pengarah-perangah di luar sana agar tidak terikut-ikut dengan budaya barat yang berbeza dengan budaya kita di Malaysia.

Kepada pengarah muda yang inginkan karya out of the box, kena sedar bahawa kita ini orang Melayu yang beragama Islam.

Menurutnya, jika ada yang terlalu mengagungkan content seperti itu bermaksud keyakinan dan kepercayaan terhadap agama sendiri juga sudah goyah dan perlu muhasabah diri semula.

amir ahnaf
4 months ago

"Saya Akan Perbaiki.." - Adegan 'Panas' Dalam Drama Cetus Kemarahan Netizen, Amir Ahnaf Akui Khilaf & Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...