Usahawan dan juga penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil membidas kenyataan Datuk Seri Vida yang mengatakan dia dibayar gaji sebanyak RM50,000 semasa bergelar pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik itu.
Ujar Iqbal, apa yang didakwa DS Vida mengenai jumlah gaji yang dibayarnya itu adalah satu pembohongan dan tidak benar sama sekali.
Jelasnya lagi, dia hanya dibayar gaji permulaan sebanyak RM1,400 dan dibayar RM2,000 lebih pada tahun ketiga bekerja.
Mengarutlah RM50,000! Saya dulu permulaan RM1,400 saja, nak naik RM200 pun sampai bergaduh nak kena buang kerja. Tahun ketiga barulah RM2,000 lebih.
Penyanyi lagu Hujan itu berkata demikian bagi mengulas mengenai gaji RM10,000 yang ditawarkan Vida untuk jawatan pembantu peribadi yang baru.
DS Vida sebelum ini mendakwa dia menerima hampir 60 permohonan daripada orang ramai yang berminat untuk menjadi pembantu selain mengaku membayar Iqbal sebanyak RM50,000 hingga RM100,000 sebulan ketika berkhidmat sekitar tahun 2017 yang lalu.
Iqbal dalam pada itu sempat mempersoalkan kriteria dan ciri-ciri pembantu peribadi yang diperlukan DS Vida.
Katanya, tidak salah jika pembantu peribadi itu di kalangan kaum wanita kerana mereka sudah pandai menyunting video dan bijak berniaga.
“Atau mahu PA lelaki bertujuan untuk berjoget lagu hindustan seperti yang pernah dilakukan selepas buang saya dulu? Itu bukan menyakitkan saya tetapi menjatuhkan martabat janda.” ujar Iqbal lagi.
Akhiri Iqbal, dia meminta jasa baik DS Vida untuk tidak lagi mengaitkan namanya dalam apa jua perkongsian di media sosial kerana dia kini sedang berada di Indonesia untuk berhibur dan mencari teman wanita baru.