Bermulanya bulan Ramadan, banyak bazar yang dibuka di serata tempat dan peniaga juga tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai mereka.
Bagaimanapun, sudah banyak kita dapat lihat masyarakat meluahkan rasa tidak puas apabila beli makanan di bazar kerana harga yang diletak dikatakan mahal dan kuantitinya pula sikit ataupun kecil.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang jejaka di TikTok, dia menyeru agar peniaga-peniaga di bazar untuk menjual dengan harga yang berpatutan kerana berasa berang apabila membeli sup gearbox berharga RM50 tetapi makanannya amat kecil.
Biarpun beliau mengeluh dengan harga yang diletakkan oleh peniaga, netizen tidak mempunyai pandangan yang sama seperti jejaka tersebut.
Ramai memerli jejaka itu untuk memasak juadah berbuka sendiri jika dia merasakan makanan yang dijual di bazar tidak mencapai expectation dirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.