Perkongsian foto di page Facebook JJCMKedah baru-baru ini menjadi tular gara-gara netizen mendedahkan keadaan dapur sebuah restoran yang sangat kotor dan meloyakan.
Ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama sekali di bahagian lantai dapur restoran itu yang dipenuhi sisa makanan dan sampah.
Lebih menjijikkan apabila tempat memasak turut dipenuhi dengan bahan masakan yang tidak diasingkan sekaligus membolehkan keberangkalian jangkitan bersilang ‘cross contamination’ pada makanan terjadi.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi restoran berkenaan bertempat di mana kerana ia tidak dinyatakan dalam hantaran tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa geli dan tidak menyangka keadaan dapur restoran itu wujud di dunia nyata.
Ada juga yang mengatakan bahawa mereka enggan lagi makan di tempat yang terlalu ramai pelanggan kerana berkemungkinan dapur restoran dalam keadaan kotor dan menjijikkan.