Nak Mulakan Hidup Baru, Keluarga Arwah Adib Tarik Balik Komital Penghinaan Terhadap Tommy Thomas

Berita

Nak Mulakan Hidup Baru, Keluarga Arwah Adib Tarik Balik Komital Penghinaan Terhadap Tommy Thomas

Keluarga anggota bomba yang terkorban ketika rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 lalu telah mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan komital terhadap bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Dua rayuan yang dibuat bapa arwah Muhammad Adib, Mohd Kassim yang sebelum ini mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Tommy mempunyai hak merayu dan rayuannya diterima.

Advertisement
Muhammad AdibSumber : The Straits Time  

Lapor Berita Harian, rayuan tersebut ditarik balik kerana pihak keluarga arwah Muhammad Adib enggan memanjangkan cerita dan ingin memulakan hidup baru.

Namun begitu, peguam yang mewakili Mohd Kassim, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates membuat kenyataan bahawa penarikan balik komital itu tidak mengubah keputusan Mahkamah Koroner yang menyaksikan bahawa mangsa meninggal dunia kerana perbuatan jenayah.

Jelasnya lagi, usaha untuk mencari pembunuh arwah tidak bermakna berhenti begitu saja kerana pemburuan suspek dalam siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang.

Maka dengan itu, pihak keluarga arwah Muhammad Adib menganggap proses dan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap Tommy Thomas dan Jabatan Peguam Negara selesai dan tamat di sini.

Katanya, perjuangan menuntut keadilan untuk seorang anggota kerajaan yang mati dibunuh boleh diteruskan dan dicabar mana-mana orang awam, masyarakat sivil serta badan-badan bukan kerajaan yang prihatin.

Terdahulu, pada september 2019 yang lalu, Mahkamah Koroner membuat keputusan bahawa kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatana jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui identitinya.

5 years ago

Fazura Tawarkan Bantuan Kepada Tunang Arwah Muhammad Adib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...