Tular di media sosial Twitter semalam apabila sebuah foto memaparkan beberapa kereta mewah jenis Toyota Vellfire dipercayai sedang berhenti bagi menunggu giliran menghantar anak mereka ke sekolah.
Kata individu itu, hanya ‘tokey mafia’ di negara Jepun sahaja yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan menaiki kenderaan jenis itu.
Typical view kat depan sekolah dekat office aku. Segerombolan Vellfire Alphard hantor anak-anak pergi sekolah. Kat Jepun, tokey Mafia je hantor anak ke sekolah naik Vellfire ni. pic.twitter.com/EHyrZy91uI
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) May 21, 2022
Pada mulanya, tweet berkenaan mendapat sokongan daripada netizen yang lain yang merasakan keberadaan ibu bapa membawa kereta berkenaan untuk menghantar anak ke sekolah hanya mengundang kesesakan dan sebagainya.
Kata seorang netizen ini, hanya ibu bapa yang mempunyai ‘inferiority complex’ sahaja yang membawa kereta ini dan mempunyai perasaan ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Namun begitu, tweet berkenaan mendapat reaksi yang berbeza kerana ada yang berpendapat bahawa individu berkenaan mempunyai masalah hati dan tidak boleh lihat ‘orang senang’.
Lah dah tu dia ada kereta vellfire, takkan ank pinjam MyVi jiran pergi hantar anak ke sekolah pulak?
Aku pun tak mampu juga bang. Tapi tak adalah sampai busuk sangat hati aku nak judge orang macam tu.
Sementara itu, netizen berpendapat bahawa kereta jenis MPV seperti Vellfire/Alphard ini sangat sesuai dimiliki oleh mereka yang mempunyai keluarga yang besar, dan terutama sekali bagi individu yang berkemampuan.
Rezeki masing-masing la kan!