“Nasib Tak Bisa” – Digigit Ular Sawa Ketika Buang Air Besar, Perkongsian Pemuda Ini Buat Netizen Cuak

Kehidupan

“Nasib Tak Bisa” – Digigit Ular Sawa Ketika Buang Air Besar, Perkongsian Pemuda Ini Buat Netizen Cuak

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter ada berkongsi pengalaman yang agak mengerikan di mana ia boleh membuatkan lebih berhati-hati ketika menggunakan tandas selepas ini.

Dalam hantaran tersebut, @sabritazali berkata dia telah digigit seekor ular sawa batik di bahagian punggung ketika membuang air besar di rumahnya yang terletak di Selayang, Selangor pada hujung bulan Mac yang lalu.

Advertisement

Dia yang dihubungi mStar Online menceritakan kejadian ngeri itu secara terperinci di mana Sabri yang pada ketika itu sakit perut dan sedang melunaskan ‘hajat’ di dalam tandas rumahnya.

Ketika sedang membuang air besar, Sabit yang sedang bermain permainan video di telefon tiba-tiba merasakan ada seekor ular ‘menerkamnnya’ di bahagian punggung.

Saya ingatkan biawak, sebab belakang rumah selalu ada biawak. Bila saya bangun, ular masih melekat di punggung. Seya terus tarik ular tu dan campak ke dinding.

Tapi sejujurnya tak rasa sakit. Saya cuma nak tahu ular jenis apa je. Bila dah google baru saya tahu yang ia ular jenis tak bahaya. Cuma takut ia membelit. Nasib baik saya yang kena, risau kalau kejadian itu berlaku pada mak atau anak saudara saya.

Dia kemudiannya bergegas ke hospital dan turut menghubungi Bomba bagi menangkap ular tersebut.

ular gigit bontotSumber : Twitter  

Ujar Sabri, dia berasa trauma dengan kejadian tersebut sehingga terpaksa menggunakan tandas masjid berdekatan selama dua minggu kerana masih terkejut dengan insiden berkenaan.

“Dua minggu saya buang air besar di masjid belakang rumah. Lepas tu terpaksa tukar pintu tandas. Mangkuk tandas lama yang berwarna maroon juga sudah ditukar kepada yang putih.” ceritanya lagi.

2 years ago

"Masuk Bilik, Raba Tubuh" - Gadis Bawah Umur Dirogol Suami Makcik Waktu Tumpang Tidur Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...