“Nak Mengena ‘Customer’ Ke Si*l” – Tukar Tiket Jadi Voucher Tapi Letak Syarat, Air Asia Sekali Lagi Buat Pelanggan Mengamuk

Trending

“Nak Mengena ‘Customer’ Ke Si*l” – Tukar Tiket Jadi Voucher Tapi Letak Syarat, Air Asia Sekali Lagi Buat Pelanggan Mengamuk

Bukan sekali dua kita dengar cerita tak elok tentang syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.

Bagaikan tidak selesai masalah Air Asia apabila ramai pelanggan mereka meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap syarikat itu.

Advertisement

Air asia yuran check in
2 years ago

“Boikot je la..” - Netizen Bengang Yuran 'Check-In' Di Kaunter Air Asia Naik Dari RM20 ke RM 100

Terbaru, perkongsian seorang wanita berkenaan pengalamannya bersama Air Asia baru-baru ini meraih perhatian netizen di Twitter.

Menurut Fara, dia membuat keputusan untuk mendedahkan tentang hal ini kerana sudah tidak tahan dan menganggap syarikat itu sudah melampau.

Berdasarkan cerita Fara, sebelum ini dia pernah menempah tiket penerbangan pada hujung tahun 2019 sebelum pandemik berlaku.

Jelasnya, Air Asia kini telah menukarkan duit yang digunakan olehnya untuk membeli tiket tersebut menjadi ‘complimentar’ voucher. Namun, apabila dia mahu menggunakan voucher itu untuk menempah tiket baru, syarikat berkenaan mengenakan terma dan syarat pula.

Duit aku yang kau turn jadi voucher tu bila nak guna ada terms and condition pulak! Woi tu duit aku tau!”

Difahamkan, Fara hanya boleh menggunakan RM3558.00 sedangkan voucher tersebut masih mempunyai baki selebihnya sebanyak RM170.92 tetapi tidak boleh diguna pakai.

Lebih membuatkan Fara marah, Air Asia turut menetapkan tarikh luput terhadap voucher yang pada asalnya adalah duitnya sendiri itu.

Menjengah ruangan komen, ramai rupanya yang menceritakan pengalaman buruk mereka bersama Air Asia di mana rata-ratanya berkata mereka masih belum dapat refund daripada penerbangan yang dibatalkan pada 2020.

Malah, ramai yang berpendapat Air Asia ini sudah boleh dikategorikan sebagai ‘scammer’ kerana menipu duit pelanggan dengan tidak memberikan refund.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...