“Boikot je la..” – Netizen Bengang Yuran ‘Check-In’ Di Kaunter Air Asia Naik Dari RM20 ke RM 100

Travel

“Boikot je la..” – Netizen Bengang Yuran ‘Check-In’ Di Kaunter Air Asia Naik Dari RM20 ke RM 100

Berkuatkuasa 1 Mac 2022, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dilaporkan akan mengenakan cas sebanyak RM 100 bagi yuran daftar masuk melalui sistem kaunter untuk penerbangan domestik dan juga antarabangsa dalam serta dari Malaysia.

Sebelum ini, para pelanggan telah dikenakan cas sebanyak RM20 untuk penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa jika mereka memilih untuk mendaftar masuk menerusi kaunter fizikal Air Asia di kesemua lapangan terbang di Malaysia.

Advertisement
Air AsiaSumber : Google  

Difahamkan, cas tersebut itu tertakluk kepada semua pelanggan kecuali penumpang kanak-kanak berusia 24 bulan ke bawah, warga emas berusia 70 tahun ke atas dan penumpang yang terkesan dengan perubahan jadual serta pembatalan penerbangan (sekadar menyebut beberapa syarat).

Pengenalan yuran baru ini rata-ratanya menerima respon negatif daripada netizen yang berpendapat bahawa cas tersebut terlalu mahal dan ramai yang berharap syarikat penerbangan tersebut sepatutnya memberi fokus dalam membaiki dan menambah baik aplikasi Air Asia untuk kemudahan pengguna.

Yuran daftar masuk melalui kaunter ini diperkenalkan untuk menggalakan penumpang ‘check-in’ secara digital menggunakan laman web airasia.com, aplikasi mudah alih dan kiosk Air Asia yang berada di setiap lapangan terbang, di mana semuanya boleh diakses secara percuma.

Travel overseas tanpa vaksin
2 years ago

7 Negara Ini Terima Pelancong Tanpa Perlu Tunjuk Status Vaksin, Tapi Ada Syaratnya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...