7 Negara Ini Terima Pelancong Tanpa Perlu Tunjuk Status Vaksin, Tapi Ada Syaratnya

Travel

7 Negara Ini Terima Pelancong Tanpa Perlu Tunjuk Status Vaksin, Tapi Ada Syaratnya

Kedatangan wabak pandemik COVID-19 diakui telah mengubah lanskap ekokoni terutamanya dari segi ekonomi bahkan ada negara terpaksa menanggung kerugian yang agak besar.

Ini berikutan sempadan negara terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak pandemik tersebut daripada merebak dalam kalangan rakyat di dalam negara masing-masing.

Advertisement
Travel overseasSumber : Google  

Terbaru, terdapat beberapa negara telah menolak ‘kewujudan’ pandemik ini sehingga menerima pelancong untuk datang melawat atau melancong ke negara mereka.

Namun begitu, pelancong yang ingin melawat ke senarai 7 negara ini perlu menyemak syarat-syarat dan garis panduan bagi destinasi yang dituju dan telah menerima pengunjung tanpa perlu menunjukkan status vaksinasi.

1. GREECE

GreeceSumber : Google  

Pelancong yang ingin melawat Greece perlu mengisi Borang Penumpang selewat-lewatnya sehari sebelum ketibaan di mana borang tersebut mempunyai maklumat terperinci mengenai lokasi berlepas penumpang dan juga tempoh penginapan sebelumnya di negara lain.

Pengunjung juga diwajibkan menyerahkan keputusan ujian COVID-19 negatif yang telah diperoleh dalam masa 72 jam selepas ketibaan di Greece. Negara itu juga tidak mewajibkan vaksinasi.

2. PORTUGAL

Negara Portugal mengalu-alukan pelancong yang tidak mengambil vaksinasi selagi mereka disahkan negatif wabak merbahaya tersebut.

Pelancong diwajibkan untuk menunjukkan bukti ujian PCR negatif yang telah diambil dalam tempoh 72 jam waktu ketibaan atau 48 jam jika telah mengambil ujian antigen serta pelu menyerahkan borang soal selidik pengembara sebelum berlepas.

Syarikat penerbangan juga akan menolak pelancong untuk menaiki pesawat jika gagal menunjukkan dokumen yang berkaitan

3. CROATIA

Croatia juga membuka pintu sempadan negara mereka untuk pelancong yang tidak divaksinasi tetapi perlu menunjukkan bukti ujian PCR COVID-19 negatif.

CroatiaSumber : Google  

Saringan perlulah diambil dalam tempoh 72 jam selepas ketibaan di negara itu atau ujian antigen yang telah diambil dalam tempoh 48 jam selepas ketibaan.

Pelancong yang pernah dijangkiti wabak tersebut perlu memberi sijil doktor yang membuktikan bahawa mereka telah pulih antara 11 dan 180 hari sebelumnya.

4. TURKI

– Tidak perlu tunjuk status vaksinasi

– Bukti ujian PCR negatif telah diambil 72 jam sebelum ketibaan mereka, atau ujian antigen pantas dalam masa 48 jam selepas ketibaan mereka.

– Perlu mengisi borang dalam talian 72 jam sebelum perjalanan, dan mungkin tertakluk kepada saringan perubatan.

5. MEXICO

– Tidak perlu tunjuk status vaksinasi.

– Tiada keperluan untuk pelawat memberikan ujian PCR negatif atau kuarantin semasa ketibaan.

– Perlu mengisi borang terlebih dahulu dan menunjukkan kod QR daripada borang semasa memasuki negara itu.

– Rangkaian penginapan mewajibkan pengunjung mengisi borang soal selidik kesihatan semasa ketibaan.

6. MALDIVES

MaldivesSumber : Google  

– Tidak perlu tunjuk status vaksinasi.

– Wajib buat ujian PCR negatif semasa ketibaan, tidak lebih dari 96 jam sebelum berlepas.

– Pelawat yang diberi vaksin sepenuhnya tidak perlu menjalani kuarantin.

– Mereka yang tidak divaksinasi tetapi perlu mengasingkan diri selama 14 hari dan mengambil ujian sebelum meninggalkan kuarantin.

7. COSTA RICA

– Tidak perlu tunjuk status vaksinasi.

– Pelancong tidak perlu mengemukakan ujian COVID-19 namun perlu membeli insurans perjalanan kesihatan khas dan melampirkannya pada pas kesihatan.

Nasi lemak anjing
2 years ago

Selain Gerai Nasi Lemak Anjing, Influencer Ini Kongsi Nama Tempat Makan Yang Unik Dan Pelik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...