Sering menjadi tumpuan semenjak kebelakangan ini, pelakon Rita Rudaini tampil menjelaskan bahawa segala luahan dan rasa tidak puas hati yang diluahkan olehnya di media sosial hanyalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan orang lain.
Ujar Rita, apa yang diluah serta dikongsi di Instagram misalnya adalah apa yang terjadi di sekeliling hidupnya terutama sekali di kediamannya.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem Anak Mami Junior ini di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.
Aku kongsi informasi aku sahaja. Aku nak melalak, mengaum, mengembek ke, aku tak pergi melewaq (merayau) rumah orang. Jadi, siapa yang banyak masa? Ludah atas muka sendiri nampak. Lalat kacuk.
Dalam pada itu, Rita yang tidak menyebut nama secara khusus berkata bahawa dia tidak mempunyai masa untuk mengutuk serta mengejek orang sehingga tidak menilai khilaf yang terdapat pada diri sendiri.
Masa mengutuk, mengeji dan mengecam orang lupa nak cermin muka sendiri. Apabila kena batang hidung, kata orang meroyan dan menyalak.
Kata ibu tunggal kepada dua orang anak ini lagi, dia tidak kisah jika dibenci atau kehilangan peminat hanya kerana kelantangannya bersuara di media sosial.
Terdahulu, Rita meluahkan rasa tidak senang apabila penghantar makanan telah membiarkan bungkusan minuman air bocor dan dibiarkan menitik di hadapan rumah tanpa memberitahunya.
Dia yang sebelum ini enggan mengambil vaksin COVID-19 memilih untuk digelar sebagai prosafe dan bukannya anti-vaksin.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.