“Masa Tengah Sakit, Tau Pulak Minta Doa Orang Ramai..” Rita Rudaini Luah Perasaan Didiskriminasi Golongan Vaksin

Hiburan

“Masa Tengah Sakit, Tau Pulak Minta Doa Orang Ramai..” Rita Rudaini Luah Perasaan Didiskriminasi Golongan Vaksin

Sekali lagi mencuri perhatian, pelakon Rita Rudaini menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya ada memuat naik luahan perasaan didiskriminasi oleh golongan ‘v’ yakni orang yang telah menerima vaksin.

Rita Rudaini
2 years ago

Youtuber Buat 'Content' Anti-Vaksin Babitkan Namanya, Rita Rudaini Amuk Di IG

Advertisement

Dalam luahan tersebut, Rita berkata ada golongan yang telah menerima vaksin ini seolah-olah terlalu ‘mendongak langit’ apabila bercakap mengenai vaksin.

Tambahnya lagi, ada yang divaksin kemudian jatuh sakit dan mula memohon doa orang ramai namun terlupa mereka pernah menghiris hati orang lain.

Masa tengah sihat, sombong cakap pun mendongak je. V (vaksin) adalah jiwa raga. V lah penyelamat nyawa..kecam orang yang belum V, pandang orang yang belum V ni macam sampah dan penjenayah.

Instagram Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  
Instagrm Rita RudainiSumber : Instagram Rita Rudaini  

Kalau boleh tak nak lah berkongsi oksigen dengan orang-orang tak V ni, bila tengah sakit tau pulak nak minta doa orang ramai. Dah lupa sebelum ni menghiris hati orang-orang lain, kawan-kawan lain.

Dia dalam pada itu turut memuat naik kenyataan sokongan daripada seorang netizen di Facebook yang turut memberi pandangan serupa.

Terdahulu, Rita dikecam hebat oleh warga maya apabila dia secara terang-terangan menolak untuk mengambil vaksin COVID-19 namun enggan digelar anti-vaksin dan lebih memilih untuk dipanggil sebagai ‘prosafe’.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Rita Rudaini

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...