Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle tampil menempelak sikap segelintir netizen yang menuduhnya dirinya yang membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kes ‘Abang Bas’.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Diana menegaskan bahawa dia bukanlah orang yang membuat laporan mengenai pemandu bas itu sebaliknya ia diarahkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Lagi satu, nak marah biar tepat. Minggu lepas kan saya dah keluar official statement, bukan saya yang buat report terhadap sesiapa. Report dan tindakan dari Kementerian Wanita & Keluarga sendiri. Kes ini adalah Kerajaan Malaysia vs Defendant.
Malah, pelakon tersebut turut mencabar sesiapa di luar sana agar menunjukkan bukti yang mengatakan demikian.
Setakat pak cik kedai kopi sembang ‘rasa’, bumi pun boleh telan matahari. Nak maki pun, cari la fakta yang betul. Tapi tulah nak suruh membaca tu payah sikit la.
Terdahulu, keluarga abang bas ada membuat kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan juga selebriti yang didakwa telah mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap keluarga mereka sebelum ini.
Antara nama yang menjadi sebutan netizen adalah Diana Danielle dan juga Uyaina Arshad.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.