Nak Luangkan Masa Dengan Keluarga Di Hujung Minggu? Ini 6 ‘Port’ Sarapan Pagi Di Keramat, KL Untuk Dicuba

Makanan

Nak Luangkan Masa Dengan Keluarga Di Hujung Minggu? Ini 6 ‘Port’ Sarapan Pagi Di Keramat, KL Untuk Dicuba

Hujung minggu adalah waktu di mana kebanyakan daripada kita akan meluangkan masa dengan keluarga atau mungkin kawan-kawan.

Antara aktiviti yang dilakukan ramai adalah menikmati sarapan pagi  dan sudah tentu media sosial menjadi antara tempat untuk kita cari di mana ‘port’ makan terbaru untuk berkumpul bersama.

Advertisement

Meh sini, kami senaraikan enam tempat sarapan pagi yang boleh dicuba di kawasan Keramat, Kuala Lumpur.

 

1. Kopitiam 143

Kedai ini sudah mempunyai dua cawangan namun asalnya ia terletak di Jalan Enggang. Jangan lupa cuba roti bakar arang dan kopi kaw! Kopitiam 143 ditutup pada hari Selasa dan Rabu setiap minggu.

kopitiam 143

Korang juga boleh cuba makan di cawangan kedua mereka yang terletak di Liberty Arc, Ampang.

Dibuka jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

2. Kopi dan Benang

Dekorasi yang klasik dan membawa konsep kemelayuan, antara menu di sini adalah roti bakar, lontong, nasi lemak dan lempeng. 

Dibuka jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

 

5. Scenery Garden Cafe

Tempat yang luas dan selesa, selain nasi lemak dan telur separuh masak, di sini juga ada hidangan seperti mi wantan, mi kari dan sup cendawan.

Dibuka jam 7.30 hingga 12.30 tengah hari (ditutup pada hari Selasa).

 

6. Bard Corner

Terkenal dengan juadah roti dan ramai pelanggan menyukai roti boom dan roti sarang burung gagak di sini.

Dibuka jam 7 hingga 11.30 pagi.

roti sarang gagak bard corner

Ha, ada enam kafe korang boleh pilih untuk cuba hujung minggu nanti. Apa-apa pun, makanan sarapan pagi tradisional orang Melayu memang sedap!

 

cafe lewat malam
3 months ago

Bosanlah Asyik Lepak Mamak Je.. Jom Cuba 5 Kafe 'Asthetic' Yang Buka Sampai Lewat Malam Ni!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...