“Nak Jaga Aurat Sangat Buatlah Bilik” – Spa Popular Didakwa ‘Reject’ Pelanggan Wanita Bukan Islam, Undang Perdebatan Netizen

Trending

“Nak Jaga Aurat Sangat Buatlah Bilik” – Spa Popular Didakwa ‘Reject’ Pelanggan Wanita Bukan Islam, Undang Perdebatan Netizen

Tular di Twitter tentang sebuah pusat kecantikan popular selepas seorang individu mendedahkan tentang diskrimasi yang dilaluinya.

Menerusi hantaran itu, seorang wanita mendakwa pusat kecantikan berkenaan menolak untuk melayaninya dan berkeras bahawa ia hanya untuk pelanggan Muslim.

Advertisement

hannan

hannan

Perkara itu meraih perhatian ramai warganet terutamanya terutamanya apabila ia membabitkan isu agama kerana pusat kecantikan berkenaan menjelaskan bahawa mereka tidak mendiskrimasi pelanggan hanya kerana isu aurat.

Perkongsian tersebut turut membangkitkan isu fatwa yang dikeluarkan tentang aurat di antara wanita Islam dan bukan Islam.

Ia membawa kepada persoalan mengapa mereka tidak menyediakan bilik yang berbeza untuk membuat apa apa rawatan (jika mahu menjaga aurat pelanggan Islam).

hannan

Dalam pada itu, segelintir individu berpendapat orang ramai perlu menghormati bisnes dan cara syarikat pusat kecantikan seperti itu menjalankan perniagaan mereka.

Malah, ada yang berkata sesetengah muslimah benar-benar mahu menjaga aurat mereka dan mementingkan tempat yang selamat untuk melakukan rawatan rambut.

hannan

Dalam pada itu, ramai yang turut memberikan reviu mereka tentang spa tersebut yang mempunyai pelbagai isu yang membuatkan pelanggan tidak mahu kembali.

Overall, perkongsian tersebut menjadi bualan dan perdebatan warganet tentang mengapa spa berkenaan mendiskriminasi serta isu membabitkan aurat muslimah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fesyen pelik aina abdul
10 months ago

"Dosa Artis Tutup Aurat Tapi Berfesyen Pelik" - Konon Nak Jadi Unik, Pendakwah Tampil Beri Teguran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...