“Dosa Artis Tutup Aurat Tapi Berfesyen Pelik” – Konon Nak Jadi Unik, Pendakwah Tampil Beri Teguran

Kehidupan

“Dosa Artis Tutup Aurat Tapi Berfesyen Pelik” – Konon Nak Jadi Unik, Pendakwah Tampil Beri Teguran

Biarpun fesyen yang sering dipaparkan oleh penyanyi, Aina Abdul menutup aurat, tetapi pendakwah bebas di TikTok berkata ia berdosa kerana jatuh dalam kategori al syurah iaitu pelik, sekaligus mengundang perhatian.

Menurut pendakwah Dr Kamilin Jamilin, pakaian yang kononnya unik itu sama sekali dilarang dalam Islam kerana boleh mendatangkan sifat riak serta perasaan rasa lebih hebat daripada orang lain.

Advertisement

Nabi Muhammad SAW sendiri memang melarang seseorang berpenampilan berbeza di tengah masyarakat.

@misi_sk Ada beberapa aturan yang perlu dipahami setiap Muslim dalam berpakaian. Salah satunya adalah mengenakan pakaian syuhrah atau yang tidak sesuai dengan tempatnya. Nabi Muhammad SAW sendiri memang melarang seseorang berpenampilan berbeza di tengah masyarakat. Seseorang yang mengenakan pakaian tersebut akan menimbulkan prasangka negatif dari masyarakat. Allah pun akan murka dengan orang tersebut. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mengenakan pakaian syuhrah di dunia, niscaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan padanya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah) #rasulullah_saw #bangsabertauhid #selawat #mahsyar #hukum #fyp ? original sound – by Shamz

Dalam pada masa yang sama, Dr Kamilin meminta selebriti wanita serta orang umum untuk berhati-hati kerana tindakan yang diambil mampu menghalang mereka dari memasuk syurga.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memetik nama Aina Abdul kerana setiap kali menghadirkan diri kemana-mana anugerah ataupun show, pasti dirinya akan memakai busana lain dari yang lain hingga meraih perhatian.

komen netizen

komen netizen

aina abdul naik lori
10 months ago

"Kesian Yang Duduk Belakang Dia" - Baju Terlalu Besar, Aina Abdul Terpaksa Naik Lori Datang ABPBH35

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...