Tular di Twitter tentang sebuah pusat kecantikan popular selepas seorang individu mendedahkan tentang diskrimasi yang dilaluinya.
Menerusi hantaran itu, seorang wanita mendakwa pusat kecantikan berkenaan menolak untuk melayaninya dan berkeras bahawa ia hanya untuk pelanggan Muslim.
Perkara itu meraih perhatian ramai warganet terutamanya terutamanya apabila ia membabitkan isu agama kerana pusat kecantikan berkenaan menjelaskan bahawa mereka tidak mendiskrimasi pelanggan hanya kerana isu aurat.
Perkongsian tersebut turut membangkitkan isu fatwa yang dikeluarkan tentang aurat di antara wanita Islam dan bukan Islam.
Ia membawa kepada persoalan mengapa mereka tidak menyediakan bilik yang berbeza untuk membuat apa apa rawatan (jika mahu menjaga aurat pelanggan Islam).
Dalam pada itu, segelintir individu berpendapat orang ramai perlu menghormati bisnes dan cara syarikat pusat kecantikan seperti itu menjalankan perniagaan mereka.
Malah, ada yang berkata sesetengah muslimah benar-benar mahu menjaga aurat mereka dan mementingkan tempat yang selamat untuk melakukan rawatan rambut.
Dalam pada itu, ramai yang turut memberikan reviu mereka tentang spa tersebut yang mempunyai pelbagai isu yang membuatkan pelanggan tidak mahu kembali.
Overall, perkongsian tersebut menjadi bualan dan perdebatan warganet tentang mengapa spa berkenaan mendiskriminasi serta isu membabitkan aurat muslimah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.