“Nak Buat Cerita Pun Agak-Agaklah” – Didakwa Jadi Punca Kemalangan Seorang Lelaki, TMJ Tampil Bersuara

Kehidupan

“Nak Buat Cerita Pun Agak-Agaklah” – Didakwa Jadi Punca Kemalangan Seorang Lelaki, TMJ Tampil Bersuara

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat ada tampil bersuara selepas beliau dikatakan menjadi punca seorang individu terlibat dalam kemalangan kereta yang berlanggar dengan pembahagi jalan.

Menerusi satu ciapan di Twitter, individu itu mendakwa dia telah mengalihkan kenderaan bagi memberi ruang kepada ‘escort’ dan juga kereta milik TMJ yang melalui jalan yang sama.

Advertisement
TMJ escortSumber : Twitter  

Berikutan itu, TMJ dilihat tidak mendiamkan diri malah membalas komen lelaki itu di Twitter dan juga Instagram miliknya.

Kata baginda, dia hanya berada di rumah sepanjang hari kejadian dan meminta mereka di luar sana agar tidak mereka cerita secara berlebihan apatah lagi di kala kehangatan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Salam encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini. Saya faham PRU dah dekat, tetapi taktik menghasut & menipu tidak akan selesaikan masalah rakyat.

Lelaki itu kemudian membalas respon TMJ dengan mengatakan dia masih belum rabun dan jelas ternyata kereta milik baginda bersama pengiring polis melalui jalan yang sama sehingga terjadinya insiden itu.

“Wasalam tengku, saya rasa saya tak rabun lagi, boleh check pukul 7:03 dekat jalan menghala ke Pasir Pelangi, kereta no plat TMJ berwarna krim dengan escort polis bermotor. Btw saya tak ada kena mengena dengan politik.” balas lelaki itu di bahagian komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

buko viral
1 year ago

(VIDEO) "Buko Rasa Macam Pungkoq!" - Reviu Makanan Terlalu Jujur, Lelaki Ini Dikecam Kerana Menghina Rezeki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...