Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, pasangan pengantin baru, Neelofa dan PU Riz menjadi perhatian selepas beberapa keping foto tiba di Langkawi tersebar. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang orang awam yang mempertikaikan kunjungan pasangan itu ke sana. Walau bagaimanapun, pihak polis tampil mengesahkan permohonan mereka ke Langkawi atas urusan kerja.
Terbaru, pelakon Intan Ladyana turut terkena tempias apabila seorang pengguna Twitter mendakwa dia dan suami berbulan madu di pulau yang sama. Menerusi satu tweet, pengguna Twitter tersebut dilihat memuatnaik foto Intan Ladyana bersama suami dengan kapsyen ‘ooo honeymoon’.
Menafikan tuduhan, Intan Ladyana menerusi ruangan balas menyelar kenyataan pengguna Twitter tersebut. Difahamkan, pelakon ini ke Pulau Langkawi untuk penggambaran drama Hari Kita Jatuh Cinta.
Kesian, nak bash orang tapi tak buat research. Kang kata bodoh.. marah..
Sorry i just want to say intan ladyana dia datang langkawi atas urusan kerja(shooting ) and husband dia teman ? pic.twitter.com/0zyMQDBsXn
— yoursweet (@adrianacndy1) March 30, 2021
Sementara itu, pengguna Twitter yang lain turut membalas kenyataan dengan bukti video menunjukkan Intan Ladyana sedang shooting.
View this post on Instagram