Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Polis Dedah Neelofa Dan PU Riz Ke Langkawi Atas Urusan Kerja

neelofa ke langkawi atas urusan kerja

Baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu, ramai yang tertanya-tanya urusan Neelofa dan Muhammad Haris ataupun PU Riz sehingga perlu merentas negeri ke Langkawi kini.

BACA: Foto Tular, Neelofa Dan PU Riz Didakwa Rentas Negeri Ke Langkawi?

Advertisement

Ianya mula menjadi percakapan ramai apabila beebrapa keping foto pasangan pengantin baru itu yang dilihat berada di destinasi pelancongan popular itu tular di media sosial.

neelofa langkawi

Menurut pihak polis daerah Brickfields, mereka memberi kebenaran kepada Neelofa dan tiga yang lain untuk berada di kepulauan tersebut atas urusan kerja dan bukannya bagi berbulan madu.

Permohonan tersebut dibuat oleh syarikat produk minuman Chatime Malaysia di Balai Polis Sri Hartamas, malah mereka dibenarkan untuk bergerak ke lokasi berkenaan daripada 27 Mac hingga 4 April ini.

Advertisement

“Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Dalam pada itu, Neelofa dikhabarkan akan bergerak ke tiga lokasi berdasarkan permohonan tersebut iaitu Langkawi, Sungai Petani, dan Kangar, Perlis.

“Mereka dijadual tiba di Langkawi pada 29 Mac dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat cawangan Chatime di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April.”

Bukan itu sahaja, pihak Chatime Malaysia turut mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan urusan kerja bersama Neelofa sehingga memerlukan selebriti itu berada di Langkawi kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chatime Malaysia (@chatime.malaysia)

Malah Neelofa juga sempat berkongsi beberapa entri di IG Story miliknya bagi membuktikan bahawa dia ke Langkawi atas urusan kerja dan kolaborasi bersama jenama minuman tersebut.

neelofa ke langkawi atas urusan kerja

Baru lepas kahwin dah sibuk dengan kerja, bertabahlah Neelofa dan suami.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 Comments

  1. Anonymous

    April 1, 2021 at 12:44 am

    Hahaha…..ambik kaw netizen…..

    • Anonymous

      April 1, 2021 at 9:34 am

      Penjilat tegar. mcmlah guna perkataan ‘polis’ tu kami ni nak percaya.. kau yelah buduh. tetiba pulak boleh buat lawatan kerja chatime? lepas nikah? chatime yg bangang ke pergi terus approach org lepas nikah suh pi buat kerja atau sememangnya fan2 lopah ni mmg stok bebal… lol! boycot lopah n chatime!

  2. tecit

    March 31, 2021 at 5:05 pm

    ini namenye tipu buta2. org nampak niat kau tanpa kau perlu kata atau beri apa2 explaination atau bukti. but sbb bukti on paper ade so xboleh nk kate salah laa.

    • Anonymous

      March 31, 2021 at 10:11 pm

      ni aku setuju

  3. Anonymous

    March 31, 2021 at 4:46 pm

    sang suami tak tau nak pakai face mask ke? atau salah seorang covidiot yg pakai face mask tapi tunjuk hidung

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top