“Nak Acik Call Lori Datang Amik”- Video Lucu Anggota Polis Menyakat Kanak-kanak Yang Langgar PKP

COVID-19

“Nak Acik Call Lori Datang Amik”- Video Lucu Anggota Polis Menyakat Kanak-kanak Yang Langgar PKP

Percaya atau tidak negara kita kini telah memasuki fasa ke-3 dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh itu, umum percaya dalam kita hanya diarahkan untuk duduk di rumah sahaja, pihak PDRM dan ATM kini masih lagi menjalankan tugas mereka masing-masing untuk menjayakan pelaksaan ini.

Advertisement

1 hour ago

Jemaah Dakwa Makcik Ini Sering Tengking Wanita Hanya Sebab Bawa Anak Ke Masjid - “Dia Sound Kuat Gila Even Akak Tu Dah Minta Maaf Banyak Kali”

Baru-baru ini terdapat sebuah video mengenai seorang pegawai polis sedang menasihati serta menyakat sekumpulan kanak-kanak yang telah melanggar arahan PKP di sebuah perkampungan telah berjaya mendapat perhatian beberapa netizen.

Apa yang melucukan di dalam video tersebut adalah sekumpulan kanak-kanak tersebut menangis tanpa henti dan memohon maaf kepada anggota polis tersebut apabila disakat untuk membawa mereka ke dalam lokap.

“Nak Acik Panggil lori?”

Anggota polis itu turut menyebut mengenai ingin memanggil sebuah lori untuk membawa mereka semua ke balai polis.

“Korang degil ke? Ni kalau orang degil ni kena hantar masuk lokap je pergi balai.”

Dalam sedang memarahi kesemua kanak-kanak tersebut, perkara yang menyebabkan penonton berasa lebih geli hati adalah anggota polis itu turut membeli kesemua makanan jualan daripada salah seorang kanak-kanak yang sedang dimarahinya apabila mendapati kanak-kanak tersebut ada membawa sebuah bakul yang berisi makanan yang dipercayai untuk dijual.

Baik betul abang polis kita ni.

Berikut adalah video sakat sekumpulan kanak-kanak tersebut:

Rata-rata netizen memuji cara anggota polis tersebut mengajar sekumpulan kanak-kanak itu.

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...