August 5th, 2015

Baru-baru ini, beberapa keping foto Zizie Ezette  dan Bung Mokhtar bersama seorang bayi perempuan telah tersebar luas di media sosial dan menurut beberapa sumber bayi tersebut adalah anak angkat mereka.

Menerusi portal BH PLUS, Zizie dengan perasaan yang begitu teruja dengan bercerita mengenai kehadiran cahaya mata yang menyerikan lagi rumah tangga mereka.

Keputusan untuk mengambil anak angkat telah dilakukan oleh beliau selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah kerana sudah lama menyimpan hasrat tersebut.

Saya ambil keputusan untuk mengambil anak angkat ini sejak pulang daripada umrah selepas Aidilfitri baru-baru ini. Isu nak ambil anak angkat ini sudah lama, tetapi asyik tertangguh. Sejak tahun lalu, hati saya kuat untuk mengambil anak angkat.

Tetapi tahun ini, perasaan itu lebih kuat. Lagipun nak ambil anak angkat bukannya mudah kerana banyak prosedur yang perlu dilalui.

Walaubagaimanapun, Zizie tidak bermaksud dengan mengambil anak angkat itu beliau akan dikurniakan rezeki untuk memiliki anak yang keluar daripada rahimnya sendiri nanti. Namun, beliau tidak akan menolak jika rezeki berpihak kepada beliau untuk beroleh zuriat sendiri.

Dengan kehadiran Naila Nurjannah pastinya ia dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan Zizie Ezette. Hampir setiap hari kami boleh lihat beliau dan suami gembira bersama anak mereka apabila ada foto atau video yang dimuat naik ke akaun Instagram Zizie.

Meh kita layan lagi beberapa foto anak Zizie Ezette yang super duper comel.

Sumber Berita: BH PLUS


Comments are closed.

Loading...