Harga barang yang dijual di pasar raya sejak kebelakangan ini sudah semakin naik dan ia sememangnya dapat dirasai oleh pembeli-pembeli yang ingin membeli barang dapur mereka.
Seperti tweet yang tular semalam, seorang pengguna meluahkan rasa berang apabila harga seekor telah naik secara mendadak, sedangkan harga ayam yang dilihat olehnya beberapa hari lalu berbeza.
Menurut dari ciapan yang dibuat oleh jejaka tersebut, beberapa hari sebelum dia membeli ayam, harga ayam hanyalah RM8 namun ketika dirinya ingin membeli beberapa hari selepas itu, harga tiba-tiba naik ke RM11.
Apa ke babi ayam naik sampai RM11/kg harini. Apa cerita @kpdnhep ???? Nak buat kerja ka????
— Fariz (@fariziskan) May 22, 2022
Akibat terlampau berasa marah, lelaki terbabit menyeru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar mengambil tindakan ataupun membuat sesuatu berkaitan dengan isu yang diketengahkan ini.
Meninjau di ruangan komen, ada netizen berkata bukan hanya harga ayam saja yang sudah naik mendadak, malah harga daging, milo dan barang-barang kering yang lain juga turut naik pada harga yang tidak masuk akal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.