Usahawan dan juga personaliti media sosial, Hafiz Mahamad sebelum ini tampil membuka mulut mengenai situasi yang terjadi kepada dirinya serta isteri, Syafiqah Aina dan anak perempuan mereka.
Menerusi Instagram, Hafiz mendakwa ada pihak yang berasa kurang senang dengan dirinya serta keluarga.
Dakwanya, individu terbabit telah menggunakan ilmu hitam terhadap keluarga kecilnya dan menyebabkan anaknya, Raisya Arissa turut menerima gangguan.
Sebelum berangkat menunaikan umrah, anaknya demam panas dan menangis sambil tangan menunjukkan sesuatu. Berdasarkan video dikongsinya, Raisya dilihat menangis teresak-esak dan ketakutan sambil menunjukkan ke arah atas almari di bilik berkenaan.
Ada yang kata ini akibat menunjuk. Carilah di soc media saya. “Harta kemewahan” apa yang saya pernah share? Saya tak share “apa saya ada” tapi saya share “apa saya beri”.”
Hafiz bagaimanapun memaklumkan dia telah mendapatkan perubatan Islam dan memaafkan individu berkenaan.
Katanya, dia berharap individu yang menganiaya keluarganya itu akan timbul rasa bersalah dalam diri.
anti melesies
May 23, 2022 at 11:27 am
ada baru2 content.
sorry hafiz
Anonymous
May 23, 2022 at 4:10 am
aku pon pernah kena masa sek rendah darjah 2 kot. tp xde sapa hantaq pon. jin boleh kacau sesapa ya. kecik2x dah hafal ayat kursi.