“Nafkah Anak Jangan Lupa” – DDNK Dan Isteri ‘Honeymoon’ Di Langkawi, Netizen Tinggal Komen Perlian Di IG

Hiburan

“Nafkah Anak Jangan Lupa” – DDNK Dan Isteri ‘Honeymoon’ Di Langkawi, Netizen Tinggal Komen Perlian Di IG

Hangat tempoh hari mengenai kisah perkahwinan kali kedua mentor usahawan yang terkenal dengan ‘tagline’ ‘tak hensem takpe janji kaya’ iaitu Dato’ Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) sehinggakan mendapat perhatian penyanyi Caprice dan juga netizen di luar sana.

Kini meniti hari bahagia bersama isteri baru, DDNK ada memuat naik foto terbaru percutian bulan madu bersama isterinya  yang dikenali sebagai Datin Ernie Rossmerie dipercayai di Langkawi.

Advertisement

Cukup bahagia meluangkan masa bersama di atas sebuah kapal mewah, ruangan komen juga tidak kurang dengan lambakan ucapan peminat dan juga pengikut media sosial usahawan itu yang mendoakan agar keduanya bahagia hingga ke syurga.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Selamat Pengantin Baru.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi komen berbaur nasihat seperti meminta agar DDNK tidak melupakan anak hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri.

@datodrnazrikhan

Kita adalah kapal yang berlayar di lautan luas yang telah banyak kapal karam di dalamnya , mohon doa semoga kita tidak tersesat di dalam lautan ini #ddnk

? Penghujung Cinta – Pasha

MasyaAllah manjanya wife dato..

Harap Nazri Khan tak lupa tanggungjawab pada anak dan hak bekas isteri. Tak hensem takpelah, yang penting bertanggungjawab.

Ada juga yang memerli isteri baru DDNK dengan panggilan manja dan sebagainya.

Semoga manja ke sampai ke jannah.

Apa-apa pun kita doakan je la kebahagiaan mereka ye!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ddnk
2 years ago

"Harap Tiada Lagi Drama Skandal" - Pakar Saham Kahwini Pelajar Di Thailand, Bekas Isteri Buat Ucapan 'Khas'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...