Nafi Sertai GV8 Kerana Tiada ‘Job’, Ani Maiyuni Hanya Ingin Ubati Kerinduan Peminat Dangdut

Hiburan

Nafi Sertai GV8 Kerana Tiada ‘Job’, Ani Maiyuni Hanya Ingin Ubati Kerinduan Peminat Dangdut

Penyanyi dangdut terkenal, Ani Maiyuni tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa dia menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) kerana tiada pekerjaan.

Ujar Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Binti Osman,43, dia hanya ingin mengubati rindu peminat dangdut di luar sana dan GV8 merupakan platform terbaik untuk memaklumkan peminat bahawa dia masih aktif dalam industri seni hiburan tanah air.

Advertisement

Malah, Ani memaklumkan bahawa ramai artis yang masuk GV8 bukanlah bermakna mereka tiada ‘job’ tetapi ada juga yang mempunyai acara yang tidak putus-putus namun jarang keluar di televisyen.

Macam saya sendiri, jarang keluar televisyen dan peminat ingat kita tak aktif dalam industri. Banyak antara artis mengambil cabaran untuk bertanding dalam GV ni sebenarnya nak beritahu yang kami ini masih lagi aktif dalam industri.

Dalam pada itu, Ani berkata bahawa dia sudah bersedia untuk berdepan cabaran dalam program nyanyian tersebut terutamanya apabila dia perlu menyampaikan lagu selain genre dangdut.

Ani juga turut meluahkan rasa teruja kerana berpeluang untuk memasuki kelas vokal bersama Cikgu Siti Hajar bagi mempelajari teknik nyanyian yang betul.

Sekadar info, GV8 turut menampilkan artis hebat lain seperti Aweera, Alif Aziz, Nikki, Azzan Scan, Adibah Noor dan ramai lagi bagi merebut gelaran juara Gegar Vaganza musim terbaru yang akan bermula 21 November ini.

3 years ago

Ani Maiyuni Risau Wujud Akaun Instagram Palsu Anak Darjah 6

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...