Nadiya Nisaa Teruja Filem ‘Sa Balik Baju’ Terima Sambutan Hangat Di Netflix

Hiburan

Nadiya Nisaa Teruja Filem ‘Sa Balik Baju’ Terima Sambutan Hangat Di Netflix

Pelakon, Nadiya Nisaa kongsi berita gembira dengan sambutan yang menggalakkan daripada penonton tempatan terhadap filem lakonannya berjudul Sa Balik Baju.

Sa Balik Baju
2 years ago

'Simple' Tapi Menarik, Filem Netflix Sa Balik Baju Jadi Bualan Ramai

Advertisement

Ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro, Nadiya berkata Sa Balik Baju terbitan Red Communications yang kini sedang ditayangkan di platform penstriman Netflix mengisahkan tentang isu semasa membabitkan wanita.

Sejak ditayangkan, banyak pula komen positif dan ramai yang ‘tag’ saya di media sosial sekali gus membuatkan saya rasa bersyukur kerana ia diterima baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadiya Nisaa K (@nadnisaa)

Dalam pada masa yang sama, aktres tersebut turut berkata bahawa dia secara diam-diam meletakkan harapan yang tinggi agar filem ini mendapat sambutan orang tempatan, kerana beliau mempercayai penonton di Netflix berbeza dengan penonton di kaca TV.

Nadiya yang memegang watak sebagai Dahlia dalam filem terbabit berkata, Sa Balik Baju sepatutnya ditayangkan di platform lain, namun Red Communications sanggup menunggu masa yang tepat untuk ditayangkan.

Nadiya Nisaa

Sekadar info, selain Nadiya, Sa Balik Baju juga dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Mira Filzah, Joanne Kim, Kaka Azraff, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...