‘Simple’ Tapi Menarik, Filem Netflix Sa Balik Baju Jadi Bualan Ramai

Hiburan

‘Simple’ Tapi Menarik, Filem Netflix Sa Balik Baju Jadi Bualan Ramai

Sa Balik Baju Movie menampilkan kisah enam kisah wanita yang berbeza lakonan Mira Filzah, Nadiya Nisaa, Juliana Evans, Kaka Azraff, Sarancak dan Elena Moujing dan ia ditayangkan di Netflix pada 21 Oktober 2021.

House Of Secrets: The Burari Deaths
2 bulan lalu

Pembunuhan Atau Sebaliknya? Dokumentari 'The Burari Deaths' Cetus Fenomena Di Netflix

Advertisement

Ia mengisahkan tentang enam orang wanita menempuhi liku-liku kehidupan dan cabaran di zaman ‘media sosial’. Sama ada mereka berjaya tempuhi segalanya dan mengubah menjadi lebih baik ataupun tidak, kenalah tonton!

reviu sa balik baju

Filem ini boleh dikatakan mempunyai jalan cerita yang menarik dan mampu untuk menarik perhatian ramai kerana keenam-enam kisah yang dipaparkan dalam filem ini mempunyai kisah-kisah yang berkait dengan isu yang terjadi sekarang ini.

Salah satu sebab kenapa anda WAJIB tonton filem yang menarik ini adalah kerana jalan cerita yang jarang sekali dipaparkan terutamanya di Malaysia dan ianya dapat membuka minda anda seluas-luasnya terutama tentang pengguna media sosial.

Advertisement

reviu sa balik baju

Kisah di dalam filem ini banyak mengaitkan dengan pengguna media sosial apabila Dahlia seorang businesswomen di media sosial, Sierra merupakan perunding hubungan media sosial, Myra mula membenci pekerjaan sebagai influncer ketika beliau sedang hamil dan Hannah pula jatuh cinta dengan seseorang jejaka melalui media sosial.

Kisah Aira dan Salina pula lebih kepada keyakinan seorang wanita yang sering dialami oleh wanita zaman sekarang. Mereka menggambarkan wanita seharusnya berasa yakin dengan diri sendiri dan tiada siapa-siapa yang boleh merendahkan harga diri sebagai seorang wanita.

reviu sa balik baju

Secara keseluruhannya, filem ni memang love sangat! Kalau anda seorang penggemar karya perfileman Yasmin Ahmad, maka saya yakin anda akan menyukai filem ini kerana ia juga seolah-oleh filem terbitan wanita tersebut, tenang dan chill saja.

Kalau anda dah tengok, cuba komen sikit pandangan anda tentang filem ini, nak tahu juga!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    November 15, 2021 at 5:07 pm

    kaki plagiat

  2. Anonymous

    October 29, 2021 at 1:20 pm

    Yasmin Hamid? Bukan Yasmin Ahmad?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...