Nadia Brian Dedah Masih Teruskan Rawatan Psikologi & Sesi Kaunseling

Hiburan

Nadia Brian Dedah Masih Teruskan Rawatan Psikologi & Sesi Kaunseling

Pelakon sensasi, Nadia Brian mengakui masih meneruskan sesi kaunseling dan rawatan psikologi bagi memastikan tahap kesihatan mentalnya berada dalam keadaan baik.

Nadia Brian
2 years ago

Selalu Ditegur Kerana Terlalu Seksi, Nadia Brian Mohon Doa Peminat Agar Terbuka Hati Tutup Aurat

Advertisement

Menurut Nadia, sehingga kini dia tidak pernah ‘ponteng’ untuk hadir ke sesi kaunseling yang ditetapkan walaupun sibuk dengan kerja seni.

Jujur saya katakan penyakit mental ini memang wujud dan berlaku. Keluarga saya sendiri memang terap dan pentingkan penjagaan mental ini sejak dari saya kecil lagi.

Tambah Nadia, dia beruntung kerana ibunya sendiri merupakan seorang pegawai psikologi dan membuatkan dirinya dari awal-awal lagi sudah mendapat pendedahan mengenai kepentingan menjaga mental.

Nadia turut menasihatkan orang ramai supaya jangan sesekali malu atau segan untuk berkongsi apa jua masalah yang melibatkan gangguan mental dan jiwa yang dihadapi kerana ianya sangat penting.

Ujar Nadia lagi, dia akan terus berjumpa dengan kaunselor jika timbul rasa tidak sedap hati atau mempunyai masalah lalu berkongsi apa yang dia rasakan dengan kaunselor tersebut.

Dalam pada itu, Nadia juga memberitahu yang perkara sebegitu tidak boleh dipendam apatah lagi disimpan seorang diri kerana penyakit mental dan depresi tersebut adalah normal serta setiap orang berpeluang untuk menerimanya.

Nadia Brian

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi turut mengakui yang dia pernah melalui detik-detik kekecewaan dan pernah jatuh terduduk hingga menangis apabila rumah tangganya berkecai sekitar April tahun lalu.

Namun begitu, Nadia perlahan-lahan bangkit dari kegagalan dan dia bersyukur kerana semuanya sudah kembali seperti sedia kala.

Sekadar info, pergolakan rumah tangga Nadia dan suaminya, Muizz akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan tersebut sah bercerai talak satu pada 3 April lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...