Selalu Ditegur Kerana Terlalu Seksi, Nadia Brian Mohon Doa Peminat Agar Terbuka Hati Tutup Aurat

Hiburan

Selalu Ditegur Kerana Terlalu Seksi, Nadia Brian Mohon Doa Peminat Agar Terbuka Hati Tutup Aurat

Pelakon seksi, Nadia Brian mengakui bahawa bahagian komen media sosialnya sering dipenuhi dengan teguran netizen yang memintanya untuk tampil berpakaian lebih sopan dan menutup aurat.

Tidak melenting atau marah dengan teguran yang diberikan, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi,31, menganggap segala teguran itu sebagai doa untuk dia berubah ke arah yang lebih baik.

Advertisement

Nadia juga memaklumkan bahawa dia sentiasa menghargai kritikan daripada peminat dan mengganggap mereka berbuat begitu kerana prihatin dengan dirinya.

Nak berubah daripada segi pemakaian itu memerlukan masa. Insya-Allah mana tahu dengan berkat doa daripada orang, saya pun boleh berubah.

Jelasnya lagi, dia hanya ingin menjadi diri sendiri dan apa yang penting selain pemakaian adalah seseorang itu perlulah sentiasa menghormati orang tua dan merendah diri dalam kehidupan.

Perkembangan lain, Nadia berkongsi rasa teruja apabila filem lakonan pertamanya, Ratu Kala Jengking telah berjaya tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-31.

Sekadar info tambahan, Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan iaitu Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai pada 2 April 2021 dengan talak satu.

Nadia Brian
2 years ago

Tak Serik Dengan Penceraian, Nadia Brian Simpan Impian Kahwin Tahun Hadapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...