Video kontroversi Nad Zainal melekat pada skrin telefon ketika persembahan anak-anak yatim yang menjadi viral baru-baru ini sememangnya mengubah persepsi orang ramai terhadap pelakon comel ini. Ramai yang kecewa dan tidak menyangka Nad Zainal bersikap sedemikian. Iyerlah, selama ini Nad dilihat mempunyai imej yang baik dan jarang dihinggap kontroversi (melainkan kes-kes percintaan). Malah nama Nad Zainal bertambah buruk apabila bekas pengurusnya mendakwa pelakon itu pernah membawa kekasih pulang ke rumah.
Semalam, Nad Zainal telah memuatnaik satu status permohonan maaf menerusi akaun Instagramnya. Ini adalah satu langkah yang baik untuk ‘damage control’. Nad Zainal menjelaskan yang segalanya telah diserahkan kepada pihak pengurusan iaitu A Klasse Management. Untuk makluman, A Klasse Management diterajui oleh Asyraf Khalid yang pernah memuji Nad sebagai seorang yang ‘humble dan kind’. Tulis Nad Zainal:-
Salam , Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri buat sementara, bagi mengelakkan dari mengeruhkan keadaan dan Nad hanya akan komen tentang isu ini di Platform social media Nad dan yang lain, Nad serah pihak pengurusan baru Nad, A Klasse Management untuk menjawab.
Sekali lagi, Nad minta maaf pada sesiapa yang tersinggung dengan apa-apa perbuatan saya terutamanya penyebaran video berdurasi 30 saat di rumah anak yatim. Inshaallah Nad akan berusaha untuk jadi yang lebih baik.
Sememangnya tiada apa yang mampu dilakukan oleh Nad Zainal selain meminta maaf dan berdoa agar kontroversi ini dilupakan oleh orang ramai secepat mungkin. Di kala nama tengah naik, perkara sebegini sememangnya mampu menjatuhkan karier Nad Zainal. Apa pun, susulan permintaan maaf ini, reaksi peminat amat berbelah bahagi. Ada yang mahu terus menyokong dan ada yang melahirkan rasa kecewa dengan sikap Nad sebelum ini.
Apa pendapat anda? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh Nad Zainal untuk membersihkan namanya? Kongsikan pendapat di ruangan komen.
P.S: Blouse dengan rekaan yang menarik dan sopan di www.iziefashion.com, semua produk adalah READY STOCK. DISCOUNT 10% & FREE POSTAGE bagi pembelian RM100 ke atas. harga dijamin berpatutan dan semua design boleh dilihat di website IzieFashion, Instagram IzieFashion & Facebook Iziefashion