Pelik tapi benar. Dulu apabila ditanya, cuma mengaku kawan je. Ini bila dah putus, barulah nak akui pernah bercinta. Hmmmm. Macam-macam kan manusia sekarang ini? Apa salahnya mengaku bercinta? Bukannya saham akan jatuh merudum pun. Kadang-kadang Abang Nara pun tak faham selebriti Malaysia nie. Entah mengapa mereka rasakan percintaan perlu dirahsiakan. Mungkin takut peminat lari kot. Walaupun Hefny Sahad dah buat pengakuan bercinta dengan Nad Zainal satu ketika dahulu, namun Nad Zainal telah menafikan kenyataan tersebut.
Kini Hefny Sahad tampil sekali lagi membuat pengakuan yang hubungan percintaan antaranya dan Nad Zainal telah tamat. Walaupun hanya mampu bertahan sementara sahaja, Hefny mengakui yang Nad adalah cinta pertamanya sejak berkecimpung dalam dunia seni. Kata Hefny menerusi Mstar Online:-
Benar Nad adalah cinta pertama saya sepanjang berada dalam industri seni. Walaupun sekejap, saya anggap apa yang telah berlaku adalah takdir kami. Saya pun tak salahkan sesiapa terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Cuma saya hanya mampu menjadikan pengalaman lama itu sebagai pengajaran untuk kita terus hidup di masa hadapan
Sebelum ini ada desas-desus yang mendakwa Nad Zainal telah muncul di lokasi penggambaran Hefny Sahad dan menyerang teman lelakinya itu. Kejadian tersebut disaksikan oleh kru produksi di mana Nad dilihat meluru ke arah kereta Hefny sebaik sahaja teman lelakinya itu tiba di lokasi penggambaran. Hefny tidak menafikan kejadian tersebut tetapi menafikan ia adalah pergaduhan besar. Kata Hefny:-
Memang betul ketika di lokasi Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Nad datang pada saya kerana mahu menyelesaikan masalah perselisihan faham antara kami, tetapi tidaklah sampai dia menyerang saya.
“Dan saya memberitahu dia ketika itu untuk berbincang masalah berkenaan pada waktu lain memandangkan saya sedang bekerja. Itu saja. Orang lain pula menokok tambah kejadian itu
Hmmmm. Lepas ini kalau Hefny Sahad atau Nad Zainal menemui kekasih baru, janganlah sorok-sorokkan lagi. Mengaku sahajalah. Sorok pun tak guna. Satu hari nanti pasti akan diketahui juga. Lebih baik umumkan dan jalani kehidupan sebagai seorang pasangan kekasih tanpa perlu sorok-sorok. Tak gitu? Apa pun, semoga Hefny dan Nad akan menemui cinta sejati mereka kelak. Kesian plak tengok si Nad dah 2 kali putus cinta tahun ini.