“Nad Dah Sedar, Mampu Gelak Ketawa” – Shahrulezad Enggan ‘Update’ Terlalu Kerap, Hormati Perasaan Keluarga

Hiburan

“Nad Dah Sedar, Mampu Gelak Ketawa” – Shahrulezad Enggan ‘Update’ Terlalu Kerap, Hormati Perasaan Keluarga

Pengarah terkenal, Shahrulezad memaklumkan bahawa keadaan Nad Zainal kini tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sudah beransur pulih setelah dirawat di sebuah hospital swasta di Ampang akibat pendarahan paru-paru.

Tambah Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, Nad Zainal juga sudah sedar dan enggan berkongsi dengan kerap mengenai perkembangan semasa aktres itu kerana menghormati perasaan ibu bapanya.

Advertisement

Ujarnya, pelakon drama Cina Buta itu kini dah mampu berbual dan bergelak ketawa dan mampu bangun berjalan ke tandas.

Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa. Malah dia juga boleh berjalan pergi ke toilet sendiri walaupun kami pesan jangan, paru-parunya masih belum begitu kuat.

Jelas Shahrulezad, dia dan rakan-rakan enggan ‘update’ terlalu kerapa kerana mengelakkan berita tidak sepatutnya disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Nad anak tunggal, jadi bila berita bukan-bukan bersepah sana-sini bayangkan perasaan ibu bapa dia berdepan fitnah. Mereka tiada anak lain yang boleh bantu mereka menepis rasa cemas bila cerita pasal Nad keluar. Jadi saya dan rakan-rakan tapis dahulu dan kurangkan update pasal Nad..” katanya panjang lebar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nad Zainal Ungku Ismail
1 year ago

(VIDEO) Agak Lama Tak ‘Update’, Ungku Ismail Maklum Perkembangan Terkini Nad Zainal - "Dia Masih Lagi..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...