Walaubagaimanapun, Abil tidak mahu memberikan sebarang komen tentang apa yang berlaku antara beliau dan ibu tirinya demi menjaga hati ramai pihak.
Saya memang sudah tawar hati dengan apa yang berlaku. Jujurnya saya enggan lagi bercakap mengenai soal ini dan biarlah ia terhenti di situ. Saya bukannya muda lagi dan banyak hati yang perlu saya jaga terutama keluarga sebelah suami.
Namun, Abil mendedahkan hubungannya dengan Amy sudah lama bermasalah dan paling menyedihkan beliau sudah tiga tahun tidak berjumpa dengan bapanya itu dan mengakui sangat rindu kepada Amy.
Anda sendiri tahu bagaimana hubungan saya dengan papa, bukan? Dari dulu hinggalah sekarang, masalah kami tidak pernah selesai. Jujurnya, saya mengaku sangat rindukan papa.Sangat-sangat rindu. Sudah tiga tahun saya tidak berjumpa dengannya.
Agak sedih juga mendengar rintihan Abil yang terlalu rindukan bapanya, kami harap satu hari nanti masalah antara mereka dapat diselesaikan secara baik. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.