October 8th, 2012

Anak perempuan kepada penyanyi rock yang tidak asing lagi ini pernah dikritik berhubung gambar berbikini di sebuah pusat peranginan. Namun pada Malam Anugerah Blockbuster yang lalu pelakon berbakat ini sekali lagi mencipta kontroversi apabila muncul di permaidani merah dengan gaun hitam seksi.
Setakat ini ramai peminat mengkritik penampilan Nabila yang dianggap kurang sesuai, apatah lagi ia tidak kena dengan tema majlis pada malam tersebut iaitu ‘colour-blocking’ atau warna-warna kontra. Hampir kesemua selebriti lain yang hadir pada malam tersebut mematuhi tema ini.
Namun si empunya diri tetap yakin bergaya pada malam tersebut. Gaun hitam yang dikenakan oleh Nabila boleh dikatakan hampir menyerupai gaun hitam yang dikenakan oleh Angelina Jolie semasa Malam Anugerah Oscars 2012 yang juga turut menimbulkan kontroversi. Hebat artis kita, setanding dengan pelakon Hollywood gittew.
Walaupun dikritik, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil tampak tidak terganggu, sebaliknya berseloroh di Twitter yang gaun tersebut ditaja.

Apa nak dikata. 5 lagi gambar Nabila Huda di malam Anugerah Blockbuster dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar pada laman BuahMulut.


149 responses to “Nabila Huda Bikin Kontroversi Dengan Gaun Hitam Seksi Malam Anugerah Blockbuster”

  1. GENDUT says:

    ALLAH SWT menganugerah manusia dengan AKAL. Hanya orang sengaja menutup mata, memekakkan telinga dengan satu jawapan skema. “SAYA TAK KACAU ORANG”. Sebahagian orang yang menegur dengan baik hanya menjalankan TANGGUNGJAWAB sebagai orang Islam. Kalau ditaja, dihadiahi, tentulah SI PEMAKAI yang BERAKAL tahu batas-batas yang mana boleh dipakai yang mana boleh dielakkan. MAHU ATAU TIDAK sahaha. FIKIRKANLAH.

  2. HoneyDQ-KL says:

    Dia dah pernah jejak kaki ke Mekah buat umrah bsama family dia.. Kita sesama doakan supaya dia mendapat hidayah & petunjuk dari yg maha ESA.. Insyaallah

  3. anty says:

    hahaha.. tak sesuai… ape nk compare gan angelina jolie.. sorang putih melepak..sorang lg kulit hitam…. geli

  4. Karl says:

    Angelina Jolie ade la aku nampak…
    Nabila nyer mana? Gelap sgt…

  5. naz says:

    semoga nabila lebih memikirkan ank ya pada masa akan datang,,,,, be good mother ok,,,, luv u….

Loading...