Berbicara mengenai isu hangatnya bersama Nabil, Chef Wan menerusi portal Kosmo Online berpendapat Nabil seharusnya tidak cepat melatah dan mengambil teguran beliau secara positif.
Sebagai seorang selebriti, Nabil sepatutnya lebih matang dan tidak mudah melatah seperti ini. Kalau Nabil boleh bergurau dengan orang tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka, mengapa dia tidak boleh ditegur atas dasar profesionalisme?
Tidak menggunkan kata-kata kesat ketika membuat teguran kepada Nabil dan yakin beliau menyatakan hal sebenar, Chef Wan akui beliau tidak gentar sekiranya Nabil mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Saya cakap benda yang betul, mewakili sekumpulan orang yang tidak suka pada cara Nabil bergurau dengan agak melampaui batas di pentas Gegar Vaganza (GV). Jika dia kata apa yang dilakukan atas dasar kerja, sila gunakan logik akal agar ia berpada-pada.
Tidak semua orang mampu menerima teguran orang lain dengan baik kerana masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza. Apa-apa pun, kami masih berharap Chef Wan dan Nabil tidak lagi memanjangkan isu ini dan berbaik semula.