Ingatkan drama Melayu sudah semakin maju kehadapan tetapi masih ada yang ‘tidak belajar’ daripada kesilapan apabila membuat dialog atau melakonkan sesuatu watak.
Drama ‘Di Sebalik Permata’ dikritik
Baru-baru ini, tular klip babak memaparkan drama berjudul Di Sebalik Permata yang telah mengundang rasa menyampah di kalangan netizen.
Dapat dilihat dalam babak tersebut, seorang lelaki sedang cemas mencari pesakit dan bertanya kepada jururawat tetapi jururawat tersebut tidak memberi respon mesra dengan menyuruh lelaki berkenaan tidak menganggunya yang sedang bekerja.
1. “Jangan ganggu kerja kami”. Orang tu tanya mana wad kecemasan je pun. Nurse tengah buat kerja apa tu? Dialog yang merepek dan merendahkan staff nurse.
2. Dengan satu panggilan, habis segala pakar dipanggil melalui pengumuman ke wad kecemasan. Kabel 5G. Panggil pakar jantung… https://t.co/bkyEwy3MLP
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) February 5, 2024
Lagi tidak masuk akal, pengumuman memanggil semua doktor pakar untuk merawat seorang pesakit diumum melalui pembesar suara di hospital.
Doktor kritik dialog merepek
Dr Khairul Hafidz yang sangat dikenali di platform X tampil bersuara mengenai babak yang dilakonkan. Dia merasakan drama itu seperti mahu menjatuhkan taraf jururawat, selain dialog tidak masuk akal.
Dengan satu panggilan, habis segala pakar dipanggil melalui pengumuman ke wad kecemasan. Kabel 5G. Panggil pakar jantung nak buat apa? Buat angiogram ke?
Namun begitu, dia sebagai doktor hanya mampu memberi teguran dan seolah-olah kecewa dengan pembuatan drama Melayu yang masih mengambil ringan apabila melakonkan watak-watak berkaitan doktor serta jururawat.
Contohi K-Drama, buat research
Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata berasa malu melihat lakonan pelakon dalam drama berkenaan dan merasakan masih jauh perjalanan drama Melayu untuk pergi secara global jika dilakonkan seperti itu.