“Musa Kini Mahram Saya..”- Rawatan IVF & IUI Tak Menjadi, Noh & Mizz Nina Ambil Anak Angkat

Hiburan

“Musa Kini Mahram Saya..”- Rawatan IVF & IUI Tak Menjadi, Noh & Mizz Nina Ambil Anak Angkat

Penyanyi dan juga aktivis media sosial, Mizz Nina ada mengumumkan satu berita gembira kepada peminat apabila dia dan suami telah mengambil seorang anak angkat setelah 11 tahun hidup berumah tangga.

Perkara tersebut dikongsikan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Binti Azman menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Mizz Nina dilihat berada di samping suami, penyanyi Noh Hujan sambil mendukung seorang bayi namun tidak mendedahkan wajah si kecil itu.

Dia kemudian memperkenalkan bayi itu sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Musa itu kepada peminat.

Ini adalah sebuah perjalanan yang panjang dengan saya telah melalui pelbagai proses rawatan dari IVF, IUI dan pembedahan akhirnya Allah memberi kami ‘hadiah’ yang lebih manis.

Cerita Mizz Nina lagi, Noh telah memberi idea untuk mengambil anak angkat dan dia mengambil masa setahun untuk bersedia sebelum menerima kehadiran orang baru.

Jelasnya lagi, misi kemanusiaan yang disertainya selama ini turut membuka mata dia sebagai seorang manusia di mana masih lagi ramai anak-anak kecil di luar sana yang tidak memiliki keluarga yang sempurna.

Dia juga mengucapkan rasa syukur dan menganggap kehadiran Musa sebagai anugerah terindah yang dikurniakan Allah S.W.T kepada mereka berdua sebagai suami isteri.

Sekadar info, Mizz Nina dan Noh telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Iqram Dinzly Mona Allen
3 years ago

(VIDEO)"Ingatkan Dah Tak Psiko" - Iqram Dinzly Menangis Teresak-Esak Dituduh 'Meroyan' Oleh Mona Allen Gara-Gara Babak Cekik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...