“Murid Sekarang Tak Boleh Denda, Rotan, Ibarat Macam Ternak ‘Ayam’ Di Sekolah” – Sanusi

Berita

“Murid Sekarang Tak Boleh Denda, Rotan, Ibarat Macam Ternak ‘Ayam’ Di Sekolah” – Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tampil menyindir sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak masing-masing sehingga sanggup ‘mengambil alih’ tugas cikgu di sekolah.

Dia yang ditemui media berkata demikian ketika Majlis Perasmian Bengkel Kerja Pemantapan Pengoperasian Penglibatan Ibu Bapa Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Dan PIBG Dama Pendidikan Sekolah-Sekolah Kedah 2022, semalam.

Advertisement

Ujar Sanusi, institusi pendidikan semakin mencabar pada ketika ini kerana anak-anak murid terlalu ‘manja’ di sekolah.

Tak boleh denda, murid tak boleh rotan, tak boleh tegur atau marah. Kalau semua tak boleh buat kita sedang ternak ayam daging di sekolah. Tak tau nak cakap, kita tak boleh ternah ayam daging di sekolah.

Jelasnya lagi, tindakan disiplin yang munasabah perlu diadakan agar anak murid dan ibu bapa faham bahawa sesuatu tindakan itu salah dan tidak boleh dilakukan di sekolah.

“Takkan nak marah pun tak boleh nak kena masuk mesyuarat bincang dahulu?” katanya.

Dalam pada itu, Sanusi turut memberi komen mengenai model pendidikan yang diamalkan di peringkat antarabangsa perlulah disesuaikan dengan persekitaran dan suasana sesebuah negara, termasuklah Malaysia.

Mengambil contoh sistem pendidikan Finland, Amerika Syarikat yang sesuai dengan negara itu sahaja di mana mereka tidak membenarkan lagi amalan denda namun di Malaysia masih belum sesuai lagi untuk mengambil pendekatan itu.

Tak boleh diaplikasikan, takkan satu sistem sahaja untuk satu dunia. Penyatuan sistem pendidikan seperti ini tidak sesuai dengan keadaan di satu tempat itu – Sanusi

Sanusi TMJ
2 years ago

"Hang Tak Pakai Seluaq Lagi Aku Main Bola Dah.."- 'Perang Mulut' Sanusi Dan TMJ Curi Perhatian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...