Murid 9 Tahun Dakwa Dihempas Guru KAFA Sehingga Patah Kaki Gara-Gara Lambat Ambil Al-Quran

Berita

Murid 9 Tahun Dakwa Dihempas Guru KAFA Sehingga Patah Kaki Gara-Gara Lambat Ambil Al-Quran

Gara-gara lambat mengambil Al-Quran, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun mendakwa dirinya dihempas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sehingga patah kaki.

Insiden itu dilaporkan terjadi pada minggu lalu di sebuah sekolah yang terletak di Marang, seperti laporan Kosmo Online.

Advertisement

Menurut sumber, ibu mangsa mula mengesyaki anaknya mengalami kecederaan itu setelah mengambil kanak-kanak itu pulang dari sekolah sekitar jam 5 petang pada hari kejadian.

Ibu mangsa kemudian membawa anaknya itu ke klinik swasta bagi tujuan pemeriksaan dan mendapati kaki kanak-kanak itu telah patah.

Mangsa mendakwa ia disebabkan perbuatan guru KAFA terbabit telah menghempasnya ke atas kerusi. Tindakan tersebut didakwa dilakukan kerana guru KAFA itu berang dengan perlakuan kanak-kanak lelaki terbabit di dalam kelas sebelum itu.

Ibu bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 8 Julai lalu.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris dan memaklumkan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

mb kelantan enggan besarkan jalan
2 years ago

“Setahun Sekali Je Sesak” - MB Kelantan Dakwa Tiada Guna Besarkan Jalan Untuk Kemudahan Rakyat Ketika Perayaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...