“Muntah Dua Hari Non-Stop. Telefon Ambulans Tapi..” – Mat Dan Masuk Hospital

Hiburan

“Muntah Dua Hari Non-Stop. Telefon Ambulans Tapi..” – Mat Dan Masuk Hospital

Selebriti media sosial, Mat Dan memaklumkan dia kini sedang dirawat di sebuah hospital di kampung halamannya, Cheltenham, Gloucestershire.

Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah memaklumkan perkara tersebut melalui satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Advertisement

Menurut Mat Dan, dia terpaksa pergi ke hospital selepas mengalami muntah-muntah tanpa henti selama dua hari.

Quick update tentang saya. Sekarang ni, saya sedang dirawat di hospital di kampung halaman saya di UK.

Jelas Mat Dan, selepas menunggu dua hingga tiga jam, pihak hospital terus mengambil darahnya dan membuat CT scan.

Muntah dua hari non-stop. Telefon ambulans tapi mereka tidak boleh datang ambil. Jadi, saya serah diri ke hospital.

Dalam pada itu, Mat Dan turut memberitahu yang dia tidak dijangkiti virus COVID-19 dan masih menunggu keputusan untuk beberapa ujian yang dibuat ke atas dirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut memberikan ucapan positif serta mendoakan kesihatannya agar segera sembuh.

Baca: “Duduk Negara Orang Kena Ikutlah..” Mat Dan Tegur ‘Karen’ Degil Tak Mahu Pakai Mask

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...