Munkar (2024) : Bangkit Semula Dari Kematian, Betul Ke Filem Munkar Lagi Seram Daripada Filem Pemandi Jenazah?

Hiburan

Munkar (2024) : Bangkit Semula Dari Kematian, Betul Ke Filem Munkar Lagi Seram Daripada Filem Pemandi Jenazah?

Munkar merupakan filem seram terbaru yang telah rasmi ditayang pada 7 Februari lalu. Filem ini diarahkan oleh Anggy Umbara, dimana dia sebelum ini ada mengarah beberapa filem seram Indonesia yang lain seperti Siksa Neraka dan Khanzab.

Filem Munkar ini mengisahkan tentang gadis bernama Herlina yang baru saja memasuki sekolah berasrama penuh bagi mendalami ilmu agama tetapi tanpa disangka ia merupakan ‘mimpi ngeri’ buatnya. Biarpun sudah berusaha untuk melalukan yang terbaik, pelajar lain masih tetap tidak menyukaikannya walaupun Herlina hanya membuat kesalahan kecil.

Advertisement

Sekolah asrama penuh tersebut mempunyai peraturan, dimana jika seorang pelajar melakukan kesalahan, maka pelajar-pelajar lain turut dikenakan hukuman dan disebabkan itu Herlina menjadi target hingga pada satu malam, Herlina alami kecederaan teruk hingga meninggal dunia. Selepas itu, Herlina ‘kembali’ ke asrama terbabit dan pelbagai hal pelik berlaku di sana.

munkar

Plot awal gempak tapi ending

Secara jujurnya durasi untuk filem tersebut agak pendek dan disebabkan itu, plot Munkar dilihat agak bercelaru.

munkar

Di awal cerita, plot kelihatan agak gempak dan membuat saya rasa berkobar-kobar tetapi apabila tiba di pertengahan serta akhir cerita, plot Munkar seakan-akan tiada hala tuju.

Jumpscare yang sama berulang kali

Bukan itu saja, jumpscare sama berulang kali juga menjadi punca saya merasakan filem tersebut tidaklah terlalu gempak dari Pemandi Jenazah seperti yang diwar-warkan di dalam media sosial.

munkar

Ia kerana, saya boleh agak bila hantu akan muncul dan bila sesuatu akan berlaku terhadap pelajar-pelajar tersebut.

Pelakon utama seperti watak sampingan

Bukan saja plot, malah pelakon utama untuk Munkar iaitu Adhisty Zara yang memegang watak Ranum juga seakan-akan seperti watak sampingan dan tak mampu untuk memberi impak yang besar kepada saya ketika menonton filem seram ini.

munkar

Malah, lakonan pelakon utama juga seakan-akan kaku ketika menyampaikan dialog dan biarpun ia filem seram, pelakon utama seperti tidak mempunyai ‘jiwa’ apabila memaparkan babak-babak seram.

Munkar atau Pemandi Jenazah, mana satu pilihan penonton?

Bagi saya sebagai penonton untuk kedua-dua filem seram ini, saya lebih memilih Pemandi Jenazah sebagai filem seram yang mampu membuat penonton berasa berdebar-debar apabila menontonnya.

munkar

Malah, plot untuk filem Pemandi Jenazah juga lebih teratur dan nyata biarpun mempunyai open-ending di akhir filem berkenaan.

Overall, saya bagi 2 bintang buat cerita Munkar, dimana saya merasakan pengarah boleh mengambil lebih banyak masa untuk perbetulkan plot atau susun jalan cerita agar tampak lebih seram serta teratur.

3 months ago

Society Of The Snow: Kisah 'Survivor' Pesawat Terhempas Terpaksa Makan Daging Manusia, Hampir 3 Bulan Bertahan Di Pergunungan Salji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...