“Mungkin Sebab Muka ‘Baby Face’ Penonton Tak Terima Saya Bawak Watak Suami” – Afieq Shazwan

Hiburan

“Mungkin Sebab Muka ‘Baby Face’ Penonton Tak Terima Saya Bawak Watak Suami” – Afieq Shazwan

Memulakan karier lakonan seawal umur 11 tahun, penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mengakui masih ada penonton yang belum lupakan serta terbawa-bawa dengan karakter kanak-kanaknya yang dilakonkan sebelum ini.

Afieq Shazwan
2 years ago

Afieq Shazwan Akui Hasrat Untuk Kahwin Muda Tidak Kesampaian

Advertisement

Menurut Afieq yang kini sudah berusia 24 tahun, masih ada segelintir penonton yang masih tidak boleh terima bahawa dirinya sudah memasuki alam dewasa sehingga ada yang mengkritik wataknya menjadi suami muda dalam drama Diari Seorang Suami yang sedang bersiaran di TV3.

Mungkin sebab muka baby face menyebabkan saya nampak muda, cuba bela misai tapi tak berapa nak tumbuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Sebelum ini di media sosial, ada beberapa netizen yang meninggalkan komen meminta pengarah dan penerbit untuk lebih realistik dalam memilih pelakon yang membawa watak suami dalam drama terbabit.

Ini kerana, Afieq dikatakan kelihatan seperti remaja yang masih di alam persekolahan dan tidak sesuai membawa watak dewasa seperti itu.

Menjawab persoalan tersebut, aktor itu memberitahu watak Hairi yang dilakonkan olehnya merupakan seorang lelaki berusia 19 tahun yang memilih untuk berkahwin pada usia muda.

Drama Diari Seorang Suami bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam menerusi slot Lestary TV3 sejak 12 November lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...