Afieq Shazwan Akui Hasrat Untuk Kahwin Muda Tidak Kesampaian

Hiburan

Afieq Shazwan Akui Hasrat Untuk Kahwin Muda Tidak Kesampaian

Pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan mengakui pernah berhasrat mahu berkahwin muda sebelum ini dengan wanita berusia 28 tahun tetapi impian itu musnah.

Wani Kayrie Afieq Shazwan
7 bulan lalu

Beri Kejutan Hadiah Istimewa, Afieq Shazwan Masih Lagi 'Teman Tapi Mesra' Bersama Wani Kayrie

Advertisement

Afieq mengatakan yang dia sudah beberapa kali ditolak wanita dan gagal dalam perhubungan cinta namun dia tetapi tidak patah hati serta berasa serik.

Ini kerana rezeki jodoh belum sampai. Saya sekarang mengikut arus saja apa yang ditetapkan Allah dalam hidup ini.

Tambah Afieq, dia akan berkahwin jika jodoh sampai cepat tetapi jika belum lagi pun tidak mengapa walaupun persediaan untuk diri sendiri sudah dia lakukan.

Advertisement

Menurut Afieq, dia selalu diingatkan untuk mempersiapkan diri dari pelbagai sudut kerana tanggungjawab sangat besar sebagai seorang lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga.

Afieq Shazwan

Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros turut mengatakan bahawa dia melihat dalam ikatan perkahwinan sebenarnya paling utama adalah persefahaman, kematangan dan sesama pasangan tahu mengawal ego.

Ujar Afieq lagi, baginya untuk berkahwin pada usia muda adalah tidak salah tetapi pasangan perlu ada persefahaman dan suami isteri perlu seiring bersama-sama dalam segala hal serta tidak ego.

Sekadar info, Afieq kini tampil bergandingan dengan Yuna Rahim dalam drama Diari Seorang Suami di TV3 yang sudah ditayangkan mulai 12 November lalu di slot Lestary, jam 9 malam dari Rabu hingga Sabtu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...