Pelakon Zulin Aziz hari ini memberi bayangan bahawa dia sudah lagi tidak bersama dengan suaminya, Farhan Norzaini.
Perkara tersebut diuar-uarkan Zulin menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, semalam.
Dalam hantaran tersebut, Zulin menulis kata-kata seperti jauh hati dan memberi ‘hint’ yang dia sudah pun bercerai dengan Farhan.
Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InshaAllah masa merawat semuanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan komen terkejut dengan pendedahan pelakon itu.
Peminat dilihat memberi komen berbaur kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik untuk Zulin dan Farhan.