“Saya Tak Minat Langsung Lelaki Mat Saleh” – Kasih Leona Hanya Dambakan Lelaki Melayu Buat Pasangan Hidup

Hiburan

“Saya Tak Minat Langsung Lelaki Mat Saleh” – Kasih Leona Hanya Dambakan Lelaki Melayu Buat Pasangan Hidup

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai kecenderungan untuk bersama dengan lelaki mat saleh ataupun kekasih berbangsa Inggeris meskipun dianggap seperti itu sebelum ini.

Kata Leona, meskipun dia dianggap lebih mengamalkan gaya hidup barat namun dia lebih tertarik kepada lelaki Asia, terutamanya Melayu.

Advertisement

Orang mungkin anggap saya lebih tertarik dengan lelaki berkulit putih (mat saleh) tetapi saya tidak minat langsung.

Saya hanya akan bercinta dengan lelaki Asia terutamanya dari Malaysia termasuk jejaka Melayu.

Kata si cantik in lagi, antara sebab dia tertarik dengan jejaka Asia adalah kerana mereka lebih berbudi bahasa, bersopan santun dan baik tingkah laku.

Untuk mencari teman lelaki, saya tidak memandang rupa mereka. Asalkan mereka baik dan tahu melayan saya sepatutnya, itu sudah memadai.

Difahamkan, sejak lapan bulan putus cinta, Leona masih solo dan ibunya tidak membenarkan dia untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta buat masa sekarang.

Dia yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan di University of Bath, England akan berada di Malaysia selama dua minggu bagi menyambut perayaan Aidilfitri pada hujung minggu ini.

Kasih Iris Leona
1 year ago

"Comel Macam Mummy" - Kasih Iris Leona Bertudung, Ramai Puji Anak Azhar Sulaiman Tutup Aurat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...