Mungkin Salah Faham, Anak Arwah Gmie Sangsi DS Vida Buka Cerita Soal Minta Bantuan

Hiburan

Mungkin Salah Faham, Anak Arwah Gmie Sangsi DS Vida Buka Cerita Soal Minta Bantuan

Anak sulung kepada Allahyarham Gmie, Siti Hadirah tampil menafikan mengenai dakwaan bapanya itu pernah meminta bantuan kewangan daripada jutawan kosmetik itu.

Ujar Siti, apa yang diceritakan DS Vida mengenai wakil kepada arwah bapanya pernah meminta bantuan hanyalah salah faham dan menganggap ada pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk mengambil kesempatan.

Advertisement
Gmie dan AnakSumber : Google  

Jelas Siti, arwah bapanya pernah bersahabat dengan individu berpangkat tinggi dan mungkin mereka hanya ingin membantu namun menafikan Allahyarham ada meminta bantuan secara langsung.

Wakil daripada individu berkenaan bertanya tentang keadaan abah dan dia buat surat untuk minta bantuan dengan menggunakan nama abah. Tetapi surat itu bukan abah, semua kenalan abah yang buat.

Dalam pada itu, Siti mengatakan bapanya takut jika masyarakat di luar sana berfikir bahawa dia ingin mengambil kesempatan di atas kesusahan dan mendapatkan sumbangan daripada peminat.

“Kami sekeluarga memang langsung tak pernah meminta sumbangan daripada mana-mana pihak..” katanya kepada mStar.

Siti yang kini bekerja sebagai guru berkata dia turut membantu dari segi kewangan keluarga dan adik beradiknya.

Berkongsi momen terakhir bersama bapanya, Allahyarham Gmie sering meminta dia pulang ke rumah sejak sebulan yang lalu.

Menganggap arwah seolah-olah mahu kesemua anak-anaknya untuk berada di rumah dan menghembuskan nafas terakhir bersama keluarga di sisi.

“Kali terakhir saya bercakap dengan abah pada malam Khamis, nurse minta tolong video call dan dia cakap abah dah tak larat, abah dah penat.” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Gmie telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang pada hari Jumaat lalu.

Arwah Gmie Vida
2 years ago

DS Vida Terkilan Tak Sempat Bantu Allahyarham Gmie Kerana Terlalu Sibuk Bekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...