DS Vida Terkilan Tak Sempat Bantu Allahyarham Gmie Kerana Terlalu Sibuk Bekerja

Hiburan

DS Vida Terkilan Tak Sempat Bantu Allahyarham Gmie Kerana Terlalu Sibuk Bekerja

Jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida meluahkan rasa kekesalan di dalam hati kerana tidak sempat untuk menghulurkan sumbangan kepada Allahyarham Gmie yang berdepan dengan masalah kesihatan buah pinggang berlubang.

Ujar DS Vida, dia pernah dihubungi wakil arwah Gmie untuk memohon sedikit bantuan namun terlepas pandang kerana terlalu sibuk bekerja.

Advertisement

Sebelum meninggal dia ada cakap fasal sakit dia buah pinggang bocor sampai tak boleh jalan dan dia nak benda ini personal. Mungkin keperluan dari segi kewangan fasal sakit dia. Ya Allah saya lupa.

Saya dah dapatkan semua maklumat nombor akaun dia tapi saya lupa, saya terlepas pandang sebab lupa nak maklumkan pembantu peribadi saya, saya rasa ralat sangat.

Vida yang sebelum ini penaja rancangan program realiti Gegar Vaganza musim ke-3 memaklumkan bahawa dia akan terus menunaikan niat tersebut dan akan menziarahi keluarga arwah dalam masa terdekat.

Dia juga mengambil kesempatan untuk menafikan dengan lebih awal jika ada yang menuduhnya menumpang cerita sedih pemergian selebriti dalam industri hiburan negara.

Terdahulu, Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim dilaporkan telah meninggal dunia pada hari Jumaat lalu akibat penyakit buah pinggang berlubang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Allahyarham juga meninggalkan seorang balu, Siti Royani Gumari dan lima orang anak.

DS Vida
2 years ago

Bakal Lancar Single Terbaru, DS Vida Akui Terkesan Dengan Lagu 'Hujan' Nyanyian Iqbal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...